RAMBUT merupakan salah satu pekara yang perlu dijaga kerana rambut yg sihat dan bersinar menjadi salah satu kekuatan bagi seseorang untuk lebih yakin di hadapan masyarakat. Penjagaan rambut juga penting bagi mereka yang bertudung kerana kita akan lebih selesa bertudung dan tidak mengaru-garu kepala semasa berada di luar rumah. Walaupun kita sentiasa di landa kesibukan bekerja mahupun belajar, penjagaan rambut perlulah dititikberatkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi mendapatkan rambut yang mudah diurus, cantik serta sihat. Penjagaan rambut secara tradisional kurang diamalkan oleh masyarakat moden kerana produk2 penjagaan rambut yang dikeluarkan tumbuh bagaikan cendawan namun begitu, penjagaan secara tradisional juga perlu diberi perhatian kerana kekuatannya dalam mengunakan ramuan yang tulen serta segar memberikan kesan semulajadi ..Di sini,saya berikan petua atau rahsia tradisional yang diamalkan oleh saya setiap minggu. Berikut merupakan daun-daun yang diperlukan untuk membuat menjaga kecantikan rambut:
- Daun bunga raya
- Daun inai
Kedua-dua daun ni dikisar dgn sedikit air dan diletakkan di rambut sehingga rambut agk2 sedikit kering..cuci dengan air biasa sebelum di shampoo.Kesan yang dapat dilihat ialah rambut menjadi ringan dan kepala terasa sejuk. Petua Ini juga boleh di amalkan oleh mereka yang menghidap migrain, ataupun sakit kepala.
No comments:
Post a Comment